Tuesday, August 30, 2011

Merdeka Raya :D


Begitu gagah si anak buaya
dipatuk pula ular berbisa
Habis sebulan kita berpuasa
Lepas ini kita nak beraya


Pisang tua dibuat pengat
dimakan bersama lemang dan ketupat
Berbelanja mesti beringat-ingat
Amalan membazir setan nak rapat

Kuih bangkit kuih talam
ditempah sebalang oleh si nyonya
Bergema takbir dari semalam
pagi ini Aidilfitri rupanya

kain sutera dari China
kain berwarna kelapa muda
baju raya berbagai warna,
merah kuning biru pun ada

sarang tebuan sarang penyengat
dibina atas pohon kelapa
bangun pagi mandi sunat
sembahyang raya jangan lupa

dapat duit terus kira
ikhlas diberi orang berada
sedang seronok sedang gembira
jangan lupa yang telah tiada

tanam buluh tumbuh serumpun
buluh tumbuh bentuknya aneh
menyusun jari memohon ampun
buang yang keruh ambil yang jernih

Mendengar kisah Ashabul-Kahfi
 Kagum mendengar kehebatan-Nya
Salah silap harap dimaafi
Tiada siapa sempurna segalanya

Tidak mati termakan racun
Jangan mimpi jangan berangan
Berhati-hati bermain mercun
Jangan cedera terbakar pun jangan

Hari gembira janganlah berduka
Masalah hidup bukan alasan
Salam Lebaran Salam Merdeka
Hari Kemenangan Hari Kebebasan

Hidup dijajah pedihnya amat
Jerih perih banyak penderitaan
Ogos 31 tarikh keramat
tanda kebebasan lambang kemerdekaan

Jangan cemburu jangan iri
Jangan memfitnah mereka-reka
Selamat menyambut Aidilfitri
Selamat menyambut hari merdeka


Haha cun tk pantun aku buat? Nukilan sendiri wehh :3

so, disini aku ingin mengucapkan


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
TULUS IKHLAS DARI HATI